Saturday, April 17, 2010

Mama, wonderpets ada lagi, ma.

*masa aku tulis ni, Chiam ngan Adik tengah tengok TV*

Hi adik-adik, JJ kembali lagi dengan entri versi cintailah bahasa kita.
Hari ni cerita ceriti dalam bukan bahasa orang puteh la. Saje nak tukar mood. Nak tulis dalam Bahasa Melayu pior takbleh jugak sebab aku bukannya terer pun. Spm pun BM dapat 2 je..hehe.

Hari ni macam biasa la buat LSD lagi. Cadang nak buat dalam 16K tapi bapak aku kata balikla awal sebab bapak aku kena keluar hari ni, pastu mak aku dok sorang-sorang ngan budak-budak tu kat rumah. Kami pun ok je la. Aku cakap kat bapak aku dalam pukul 7.30 pagi gitu kami balik. Yo la tu.

Minggu lepas aku tak makan dulu sebelum lari, pastu separuh jalan jadi penat nya Ya Rabbi. So minggu ni, aku makan la dua ketul bahulu sebelum lari, minum air secawan. Sebelum kuar rumah, rasa cam sakit perut tapi tak cukup aura so aku pikir, lari je la dulu. Kalau dah cukup aura nanti aku berenti pi tandas kat rumah aku. Tak pun pit stop je la kat masjid mana-mana tengah jalan.

Wah! Wah! Penangan bahulu tu, aku rasa syok je lari dalam 10k pertama. Cam crusing je. Kaki pun ala-ala lagu " Automatic' nyanyian kumpulan Jerman yang penyanyi dia lelaki tapi muka cam pompuan cantik tu ( apantah nama, aku dah lupa). Tapi tu la, aku selalu lupa nak makan lepas 1 jam lari. Dulu masa mula-mula berkecimpung dalam larian jarak jauh ni ( eceh), aku rajin je replenish tenaga dalam larian. Skarang ni, mula ngengada malas nak bawak makanan dalam poket. Konon kuat la. Puii.
Alih-alih lepas 10K, tetiba rasa tenaga merudum dengan signifikannya. Perut pulak yang tadi rasa tak sedap, mula nak meragam. Pastu sepanjang jalan secara tiba-tiba je ada bau nasik lemak la, ikan keringla, kuih la ( dari gerai tepi jalan) yang lagi merangsang perut aku memulas-mulas. Larian yang tadi agak smooth, dah jadik kucar kacir. Laki aku tanya, nak berenti ke bila sampai rumah makbapak aku ( kami ada satu loop lagi lepas tu). Aku taknak sebab kalau aku berenti, sure-sure tak sambung lari balik punya la. So tahan je la.

Masa nak abiskan larian lagi 4K, aku pikir nak abiskan secepat mungkin. So pace yang mulanya bertambah pelan , aku cuba nak samakan ngan pace mula-mula lari tadi. Bila naik bukit, laki aku leading. Bila turun bukit, aku pulak ke depan dan kayuh sekuat hati. Semua ok, tapi tiba-tiba ada satu keta kuning ni, konon macam keta drift la ,pecut laju gila potong motor depan dia, pastu hampir-hampir je nak langgar keta yang bertentangan. Kami dah siap dah nak terjun tepi jalan kalau eksiden. Yela, kang kalau keta tu terpelanting kat kami, kami jugak yang KO. Sep baik keta satu lagi tu dapat mengelak. Aku punya la nak marah. Masuk ni dah 4 dah keta cam tu. Taim kami lari tepi jalan, taim tu la dia elok-elok nak potong kenderaan depan dia ( kami lari berlawanan arus). Konon sangat terer la tu. Konon nak tunjuk ko boleh pegi lebih laju dari kami ni yang menapak. Konon keta ko Evo la tu. Pakai keta koman perasan cam keta sport. Boh la tanda Mitsubishi bagai. Spoiler tinggi macam nak sidai kain. Boh sticker sini sana. Ekzos besar sampai boleh muat kepala budak. Bunyi mengaum tapi bila orang tengok keta, alahai.,keta Hail Amir je. Eh, orang pakai Evo betul pun tak sampai hati nak hias keta macam tu ok. Sangat the very tacky ok.

Sori, emo sket.

So, akhirnya berjaya jugak buat LSD aku yang tak seberapa LSDnya. Mula-mula janji kat bapak aku dalam 7.30 pagi balik kan? Haha. Penangan sakit perut ngan tak cukup kudrat sebab tak makan tengah jalan, kami abis dalam 7.45 pagi. Baru abis tau. Lepas tu, minum sket, mandi sket, sembang sket, last-last sampai rumah makbapak aku 8.20pg. Betuah betul. Sep baik anak-anak aku tak banyak hal pagi ni.

Cuma, aku sampai je, kena lap muntah susu dekat tangga ruang tamu.
Aku tanya sapa muntah, dua-dua tak ngaku.

11 comments:

  1. haha..betulla Kak, tensen tau orang-orang cam ni

    ReplyDelete
  2. hahahahaha, best entry nih...

    hai, best baca pasal LSD...

    ReplyDelete
  3. "Ekzos besar sampai boleh muat kepala budak" - hahahhaa, ketawa guling² kat meja opis! tak baik tau buat kita jadi macam org gila camni...

    ReplyDelete
  4. syah: eh..according to your blog, you're on your way. Lepas nih zupzapzupzap, kami makan asap.
    KOG: hehe..syyyt..syyt ..kang bos nampak

    ReplyDelete
  5. bwk besabo kak jj..marah tul,sampai hail amir pon kena tempias.haha..

    ReplyDelete
  6. Hi, Doc, been a while since we last 'chatted'. I've messed up my old blog and did another one with the same address. But the 'follower' part was not able to incorporate. Do come visit my new blog : http://myrunningtrail.blogspot.com. Thanks. Cheers!

    ReplyDelete
  7. Sun, when I first read your blog, I thought it was my lil brother's secret blog! He also runs at tasik seksyen 7 and is also a master student. But when I read on, I noticed your tasik is in Shah Alam and my bro is elsewhere. Haha. Comfirm bukan.
    Cheryl : I wondered where you were. Your last posting was like ages ago. Welcome back on the net!

    ReplyDelete
  8. i'm not a postgrad yet la kak jj. hopefully this is the final month la kut of being an undergrad :) anyway, keep on writing..besides kak haza, u r also my inspiration to keep running. u two runningmoms are very hebat maa :)

    ReplyDelete
  9. oh..haha..sorry..my bad.Manede hebat, just getting by.

    ReplyDelete
  10. nak bagi komen apa ye...kena bagi jugak ni..sementara sempat..bukan selalu dpt on line ni..hmm...ha..dah dapat dah, best la entry ni!! (tu je? la...)

    ReplyDelete