Monday, December 12, 2011

Larian Rakyat Penang 2011 aka Pulang Modal

 2 weeks before the actual race, I got a call from the organizer:

Organizer : Ni Cik JJ ke? Saya call ni sebab baru dapat fax borang penyertaan cik ni. Betul ke dari Taiping?
Me: Ye saye. Betulla tu.
Organizer: Taiping, Perak? Race kami kat Penang.
Me: Tau. Eh, tak boleh ke? ( memandaangkan tajuk larian adelah Larian Rakyat Penang)
Organizer : Boleh je, tapi Larian kami ni larian kampung-kampung je la
Me: Takpe je.
Organizer: Bukan taraf Penang Bridge Marathon ke ape..
Me: No hal.
Organizer : So takpe ke datang jauh-jauh?
Me: Haha, takpe la.
Organizer : Kalau cam tu kami nak ucap terima kasihla sebab nak join kami.

Haha. Sweet tak? Dahla larian free, siap telefon untuk comfirmation.
Ya, you read it right. It's FREE.
Apa? Tak dengar? FREE
Tak reti eja?
Ianya adalah F.R.E.E

Di kala dan waktu racing fees makin lama makin meningkat, di kala semua benda naik harga, di kala nak pi jamban pun kena bayar tiga ploh sen, this free race is a blessing.
Aku pun gebang la kat staff aku sapa yang teringin take part in a race tapi kedekut nak bayar untuk join race ni. Beria 5-6 orang tunjuk minat.
In the end, sorang je turn up. Hampeh.

Anyway, race kat Sungai Dua, Seberang Perai. 5K je. Okla tu untuk aku yang separa train, separa keretapi terbabas.
Kami sampai agak lewat sebab kegagalan mengkaji race site sebelum race. WW tanya ada race map tak? Beria aku kata takde walhal aku tak scroll down page Penonton sampai habis..thehee ( cue kaum suami menggeleng kepala)

15 menet race nak start baru terhegeh-hegeh nak pi daftar. Cute gile nombo bib letak dalam plastik kuih pastu kita pinkan saje kat belakang ngan depan baju. Sebelum race mula ada taklimat dulu, MC pesan hati-hati masa lari, tengok kiri kanan sebab hari tu hari Sabtu keta banyak. Polis pun buat ucapan cakap kita bila lari nampak orang tapi orang tak nampak kita. Ok, noted.

 Note bib diperbuat dari plastik kuih. 

 gambar tadek motif

Flag off pukul 8: 15 pagi. Organizer race ni jemput Persatuan Olahraga Amatur Penang untuk kawalselia race so race agak teratur la. Mana nak dapat race 5K ada 2 check point.

Mula start race, budak-budak sekolah meluru laju like there's no tommorow. Aku pun mula-mula terikut sampai aku jenguk Garmin nampak pace 3:30/km..hoih ngarut. Ni 100m dash ke hape. So aku slow down.
So lari la lari. WW dah lama kat depan sebab nak lari pada pace dia.

Sampai KM 1 kebanyakan budak-budak sekolah dah mula jalan. Tinggalla kami orang dewasa terus lari. Tengah jalan ada sorang  budak sekolah tanya aku, check point no 2 jauh lagi ke? Aku cakap jauh lagi , dia terus cakap , "Ayoo, aku suda tak larat la kakak" So aku ajak la dia lari ngan aku. Ada la dalam 30 saat je, aku  kalih-kalih dia dah jalan pulak. Aisey.

Depan aku nampak ada sorang amoi kategori veteran ni. Waa, agak laju jugak . So aku cangkuk dia. Nak cangkuk punya cangkuk pastu dalam hati pasang niat nak reel in tapi malangnya aku pasang turbo lewat sebab perut seperti biasa buat aksi senak kalau nak lari laju sket, so last minit walaupun hanya 5 saat kebelakang, aku tak dapat potong dia ( laa..nama pun kebelakang). Masa nak cangkuk ngan aksi senak perut sempat lagi aku tengok Garmin yang kata setakat tu dah 24 minit berapa saat ntah berlalu so aku bajet boleh cross finishing line dalam 25 minit beberapa saat.


 Bila aku cross je finishing line, aku tengok jam tunjuk timing 25:35. Magiknya grey pants aku ni !
 WW pass air Sunquick perisa apantah warne oren-oren kuning merah. Masammm tapi sebab dahaga sangat ku bedal jua. Masa tu kami diarahkan dengan sangat bersistematik untuk ambil sijil dan goodie bag. Wah, larian free pun dapat goodie bag. Taim aku amik goodie bag disambut penuh senyuman dek pekerja majlis daerahlah yang depa bagitau aku dapat nombo 2 kategori Women Open. Alhamdulillah. Minah amoi tadi agaknya dapat no 1 veteran women. Women Open no 1 melunjur laju bajet pelari USM. Beza ngan aku dalam 4 minit jugak la. Kuikui.
Aku tanya WW, timing dia berapa, dia kata 21 minit beberapa saat. Aku tanya dapat placing tak? Dia kata dia pun taktau sebab kat finishing line sape-sape pun tak dapat placing card. Agaknya nak menambahkan elemen misteri kot.

 Dapat lagi hamper dinosor


 Medal  berat tapi tak seberat Taiping Heritage Run punya. Tapi kalau libas Mat rempit boleh cause permanent damage jugakla. 


 Bahagian depan ( ke belakang?)
Ada kaler.
Cantik walaupun mamat tu tangan kudung sebelah 


 Alih-alih, rupanya WW secure tempat no 7 Men Open.
Tepuk tepuk tepuk.

Syok disebabkan taiming, tak lama ,sebab bila kami berdua kaji Garmin, tengok-tengok distance 300m short of 5K. Hampeh.Alih-alih timing aku hampir sama je ngan my previous 5K race kalau di calculatenya. Nak laju pun dalam 5 saat je.

Tapi apapun race ni memang best. Organizing ok, race route ok dan traffic di jaga dengan elok, volunteers sangat friendly, air free banyak ( ada sunquick, ada Vico, ada air kordial layan diri free), goodie bag lagi, medal cantik, hamper besar cam dinosor.
Serius aku kagum.

Layan gambar :

 Ada sunquick ( takpayah beratur)


 Ada Vico ( tak payah beratur!)


Mula-mula ingatkan ni van Milo ( tak payah beratur!)


 Lepas acara larian ada acara sukan rakyat. 
Ada bola sepak, ada lari dalam guni, ada lari kaki tiga.
Serius panas terik, aku heran depa ni nampak ke dak bola tu.


 Hamper dinosor hampir menyaingi ketinggian Adik.
Budak dua orang ni la paling best.
Malangnya mama suruh opah sorok kat kampung..haha.


Sekianlah.

14 comments:

  1. Sangat dengki dengan hamper yang tinggi kalah budak tu. kes3

    ReplyDelete
  2. Bestnya lari kampong ...hamper dinasour lagi tu hihi ..congrats doc!!

    ReplyDelete
  3. well done Doc & WW! Power couple ni - mesti Angelina Jolie ngan Brad Pitt cemas ni

    ReplyDelete
  4. Hahaha! Ni dah level bawah sikit dari Kenya. Anyway, macam ni lah athlete kita boleh maju. Congrats guys! Zon utara korang conquer la ye :]

    ReplyDelete
  5. Lina: Mula-mula je best, pastu taktau nak bubuh mana all the cookies.
    KJ: Saya tahap larian kampung je la KJ. Nak masuk larian besar2,logistics dah lodging budak-budak ni menjadi masalah sket
    Syah: Thanks:) Tapi hang buat lawak apa ni Syah? Tak bernapas Akak Angelina gelakkan kenyataan tu, hihi
    Diket: Memang level bawah, level bawah mak pelari Kenya. Scratch that, agaknya mak pelari Kenya pun lagi laju. Kami pegang keahlian PCPJ zon utara je.

    ReplyDelete
  6. makin lama makin sakit la leher nak pakai medal gi ofis. sib baik tak payah jinjing hamper atas kepala :D

    terbaekkk!

    ReplyDelete
  7. eh pinjam grey pant magic doc, i nak lari MR25 weekend ni :)

    ReplyDelete
  8. Podium lagi?? Laki bini? Hebakkk!
    Terbaekk dari Tepeng!!!

    ReplyDelete
  9. zarin: boleh gak kalau nak try jinjing hamper atas kepala, baru nampak dah menang ye dak ;)
    ray:Adoi, abih lunyai grey pants aku.
    zacky: tak hebak sangat pun.Sket-sket cari makan (literally)!

    ReplyDelete
  10. kami semakin jelous sebab begitu banyak stock jajan di rumah nampaknya. Apa2 tahniah sebab dua-dua power.

    ReplyDelete
  11. ooo..yang macam van MILO tu memang bahaya danger sebab boleh tersalah taksir dikala terlalu haus...hahaha. sungguh unit sekali

    ReplyDelete
  12. Zul: Stock jajan bukan sahaja bahaya untuk anak-anak tetapi juga untuk maknya yang makin naik sekilo demi sekilo sejak takde training LSD. Huhu.
    p/s van menyamar tu memang bahaya sebab bila kami mula-mula datang terus pasang niat nak bedal Milo. Sep baik.

    ReplyDelete
  13. Kualiti blogging semakin mantap... saya rasa sangat terhibur.
    Sesungguhnya grey pants anda itu amatlah magic.
    Saya dah beli seluar tiga suku (3/4 length) kaler kelabu jugak.. tapi takde magic pun...

    ReplyDelete
  14. Nik: The trick og getting magical grey pants: takbleh mahal. Kalau tadek jenama lagi baik. Nak lebih mantop, dicilok dari adik sendiri.

    ReplyDelete