Gigih!
Tu komen membe-membe bukan pelari aku bila aku bagitau depa aku lari atas treadmill.
" Gigihnya hang menapak atas benda alah tu lebih dari setengah jam!"
Aku rasa tu tak gigh lagi. Alah! Peserta The Biggest Loser lagi selamba berlari atas treadmill lagi lama dari tu sambil membuat aksi juggle diselang seli somersault.
Gigih lagi korang semua yang lari beraun-raun taim Twilight Ultramarathon Challenge kat Singapore baru-baru nih ( Zaki, Yim, Kak Kash among others). Puh! Aku takbleh imagine cemana korang buat. Mental woo nak pusing-pusing camtu sampai 100K. Mak aih, gigih betoi. Tahniah dari aku. Serius cakap, aku tak mampu nak buat.
Tapi yang super duper crite paling gigih aku penah dengar ialah dari sahabat aku, Incik Solja. Incik Solja ni bekerja sebagai Mat Tiarap ( panggilan manje untuk askar). Dalam bidang kerja Incik Solja, dia kadang-kadang terpaksa dihantar untuk membuat khidmat bakti di hutan-hutan.
Ada sekali tu, Incik Solja dihantar untuk selama seminggu ke hutan untuk memberi khidmat bakti kepada orang-orang asli di sana. Sebagai pelari tegar, Incik Solja seperti cacing kepanasan kerana tidak dapat lari. Untuk menyelesaikan masalah ini, Incik Solja akan bangun pada waktu yang sangat pagi selepas subuh dan akan berlari trail di dalam hutan selama sejam sampai naik matahari. Hutan ye kawan-kawan, bukan trail run seperti di taman-taman rekriasi.
Setelah hari keempat dia berlari, adalah seorang membe dia tegor,
" Ko lari-lari tengah gelap tak terserempak ngan Pak Belang ke?"
Incik solja sangat inosen. Dia padang membe dia dengan wajah blur.
" Ko tau tak semalam kat trail ko lari, kami jumpa tapak harimau. Taik gajah pun ada"
Mulai hari itu, Incik Solja lari keliling padang sekolah orang asli sahaja.
Incik Solja masih lagi gigih. Baru-baru ini Incik Solja dihantar ke satu negeri seberang laut untuk memberi khidmatnya. Yelah kan, pilihanraya di negeri itu semakin dekat dan usaha-usaha membeli jiwa perlu dipertingkatkan.
Incik Solja diarahkan ke sana dan kemari ke kampung-kampung dan lokasi di ulu banat di mana dia kesukaran untuk mencari tempat berlari. Oleh kerana sekali lagi dia seperti cacing kepanasan, dia begitu gigih berlari sekeliling padang sebesar padang netball di kampung tersebut. Untuk larian sejauh 5 mile, Incik Solja terpaksa membuat larian berpusing-pusing sekeliling padang tersebut selama 90 round. Yaa adik-adik. 90 round.
Tak ke gile keje nya tu?
Agaknya orang pribumi di situ tertanya-tanya, " Ko pehal mamat?"
Apapun, aku sangat salute Incik Solja.
Sangat, yang amat gigih.
Lu memang hero.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah incik solja sangat hebat macam Zaki Otoromen :)
ReplyDeleteMemang gigih. 90 pusingan tu boleh bikin kepala pusing tu
ReplyDeletegigih dan ketagih..
ReplyDeleteIngin sangat nak berkenalan dgn inche solja nih!
ReplyDeleteRay: tula..lambat lagi kuar report..kan dah tertinggal nama.
ReplyDeleteGerb: Tu la kan? tak pening ke?
Ijam: ketagin tu memang la sangat betul
Zack: boleyy..nanti kita ajak dia lari sama-sama
sungguh tabik dekat dia 90 round .. adoi!!
ReplyDeletekakJune: jenuh tu, nak tabik sampai 90 round. macam aksi nak sekeh kepala pulak jadinya.
ReplyDeletemmm siapakah incik solju tu? kompius
ReplyDeletezul: la..kan dah cakap..sahabatku..dia low profile..nama pun solja
ReplyDelete