Wednesday, January 12, 2011

Sedap tapi takleh jamah

Aku baru terbaca latest posting dari Penonton.
Aku eksited gile. Satu lagi larian di Taiping. Dibuat taim CNY pulak.
Sedappppp...tapi dalam was was. Ibarat coklat chocmint aku nampak kat  kedai tadi. Buy 1 free 1. Tapi takdak tanda halalan toyyiban.

Itu hari taim hari raya ke dua pun depa buat jugak. Anjuran geng-geng yang sama la.
Taim tu Mr JJ a.k.aWanWon join. Raya tak raya dia join je. Alasan dia larian tu start awal dan abih lebih kurang pukoi 9. Sape nak datang rumah awal-awal cam tu, ye dak?
Anyway, hati terasa macam nak join. Tapi tak tak besnya start dia pukoi 6.00 pagi. Subuh pun agak-agak taim tu masuk dalam 6.15 minit. Maksudnya nak kena solat tengah jalan. Kalau LSD dekat-dekat ngan taman rumah kami tu boleh le singgah rumah solat. Ni tengah-tengah Taman Tasik, lalu taman perumahan banyak anjing yang kiri kanan dok nyalak woof woof.
Lain le kalau aku boleh pulun buat 18K dalam sejam. Sempat la solat Subuh lepas abis lari. Tapi kasut merahku tu bukan kasut bionik dan aku pun takdela rupa macam Bionic Woman. isk.

Pastu kalau ikut route taim raya hari tu, puh boleh tahan woo. Wan Won penah bawak aku ke route tu ( ngan keta la). Naik turun bukit curam ntah berapa kali. Ngalahkah NB 30K tahun lepas yang amat menyerikkan aku.
Pastu sebabkan ini kira group LSD , route ni takdak marker. So hari tu kan, ade orang tu kan, dia sesat sampai Tesco kan...heh heh.. ( Jangan marah ye )

Tapi bab air n refreshments tu mmg tip top. Penganjur ni memang bes. Ala-ala KakJune gitu sebab bagik je air/isotonics/refreshments for free kali ni. Dia nye ketua tu mmg otai in running. Walaupun otai ,tapi timing marathon dia biasanya 3:30. Agaknya kalau aku komplen route tu bukit bakau, mesti dia kata , " Where got hills, meh? Route flat like pankek what?"

Tapi yang interested nak join , jangan la berubah pikiran lepas baca post ni. Ni saje je gatai-gatai aku cari alasan. Kalau korang nak buat, boleh je. Jangan jadi macam aku. Aku ni bila tak sign up untuk race lagi mula la jadi pemaleh. LSD skarang ni jadik SSD. Takat 4 mile je. Kalau dapat 6 miles pun kira alhamdulillah.
Larian Taiping CNY ni kan route dia mencabar, company dia bes, air disediakan dan yang penting semua free. Heh heh.
Aku banyak alasan kan?
Nak join, join je la ye dak?
Ntahla, yang penting larian tu free.( agak aku dah ulang 3 kali dah)
Who knows, maybe I'll change my mind.

* what? 2 postings in 2 days? JJ sudah maju.

14 comments:

  1. saya setuju dgn Syah! :) org kata, kalau LSD sampai 18k, ni ada gaya nak masuk FM ni. hehe.

    hmmm, i tak sampai2 Taiping lagi. kesian kan? :D

    ReplyDelete
  2. Saya pon sesat lari ke Tesco masa Larian Raya Posa taun lepas...patutnya 18.5km je, tapi bila dah sesat jadilah HM...he he

    ReplyDelete
  3. Dah 3x ulang tu,baik pi join, nanti kempunan :) Lps tu bagi report, klu best next time boleh pi lsd sama kat sana, pekena skali famous kuetiau & mee udang ;)

    ReplyDelete
  4. Kita orang balik tepeng kot cny ni, hmmmm, hehe terminal lagi u miss the red car bila ingat2 !

    ReplyDelete
  5. syah: tak pasti lagi incik..incik senang la, lsd 18K tu cam kacang je. Dalam 1 jam je boleh siap..hehe
    zarin: loh, kesiannya. Taiping bandaraya cyber ni pun tak sampai lagi tapi US yang jauh tu dah sampai pulak...isk isk
    ray: laaaa..incik, yang saya maksudkan sesat tu incik la..kuikui..jangan marah aaa..
    azza: Nak sangat join tapi tgk dulu la..kita kasi seprais kat geng taiping dengan kemunculan atau ketidak munculanku (chey, macam glamer sangat)
    kakjune: ha, apa lagi? join la alang2 balik kampung tu..sejukk je lari pagi2 kat sini tau.

    ReplyDelete
  6. hahaah, the stupid ipod dictionary, nak write terkilan dia tukar terminal .. insyaallah if we balik i might just go :) will call/sms u apa2

    ReplyDelete
  7. Lari jerk. Mesti syiok lari reramai kat tasik. Tak yah buat full distance kalau takut suboh gajah :)

    ReplyDelete
  8. KakJune: tu la dok heran what la you meant by terminal tu..hehe
    Diket: agak betul jugak tu. Cadangan bernas incik akan diambil utk pertimbangan.

    ReplyDelete
  9. adoila patut senak perut baca entri ni...he he

    ReplyDelete
  10. setahun, hanya sekali, me'lari'kan di chinese new year ini...teng, teng, teng...
    sapa yg sesat sampai tesco tu? aku pun terasa gak walau takde kena mengena...

    ReplyDelete
  11. ray: takdela..senak tu sebab nak pi toilet kot..kihkih
    ijam:'setahun, hanya sekali, me'lari'kan di chinese new year ini' isk..pernyataan tu ada double meaning ke ? Tak paham sbb I ni kudus sket.

    ReplyDelete
  12. kita startlah lambat ... apa salahnya. Jom

    ReplyDelete
  13. zul: Eh, balik kampung ka CNY ni?

    ReplyDelete