Daha lama gila dah rasanya aku tak menulis. Bukan apa,
malas takde masa nak update. Lagi pun rasanya takde apa yang menarik nak cerita.
Hari Ahad aku lari maraton Jembatan Pulau Pinang. Aku rasa persediaan untuk event ni memang agak bersungguh-sunggh jugak la. Gila apa tak bersungguh kalo dah sampai training memalam buta, sebelum subuh, tengah panas, bulan posa, hari raya.. Orang kat tempat aku ni pun agaknya dah boleh cam dah kot aku ngan bini, the looney couple.. heheh..
Target aku untuk PBIM 2010 ada 3. A: sub-4:00, B: sub 4:30, C: sub-5:00. There, aku dah bagitau dah. All my previous race results points that I can achieve sasaran A tu, provided that I did proper training. Dan waktu training pun kebanyakannya, >90%, aku buleh buat ikut pace dan jadual yang telah diset. Yang tak dapat ikut sebab life got in the way atau pun mungkin masa tu hari bodoh aku.
Tapi apa boleh buat, aku cuma mampu merancang, Allah yang menentukan.
Untuk dapat maraton sub-4, strategi aku cuma perlu maintain average 9:05/mile pace all the way, no time-banking, with gels every 6 miles. And that's exactly what I did, up to mile 17, kemudian semua neraka pecah keluar..
Mile 1-7: semuanya berjalan lancar. berjaya kontrol tak start laju sangat, lari ikut pace seniri, tanak lumba ngan sesapa pun, cuma lumba ngan diri seniri je. Macam biasa, sampai je kat tempat volunteer, aku ucap terima kasih.
Mile 8-16: dapat kejar pacer untuk 4:00 kat awal mile 8 tu. kira ok la tu, on target la kununnya. Pastu cadangnya nak maintain je la ngan pacer tu. tapi aku perasan kan, geng pacer 4:00 ni (yang lain aku tak tau), diorang suka surge, pastu slow sebab nak minum, pastu surge balik untuk build time cushion kot, pastu slow lagi. Laju, pelan, laju, pelan. Pacer guys, even pacing laa.. kesian kat orang yang ngikut korang tu. Masa ni moral masih tinggi lagi. Lepas U turn kat tol pun masih steady. Hollered at bini at the other side of the bridge around the 13 mile point. Tengok dia lari pun steady je, kira ok jugak tu. Pastu merge ngan geng 21k, busy la sket. Tambah pulak tengah naik bukit kat tengah jambatan tu, pace terpaksa la dislow kan, tapi aku dah expect dah.. no big deal la. Angin sejuk sudah datang membelai, aku dengan peluh-peluhnya, lagi la tambah sejuk. Rintik hujan pun dah mula terasa. Bajet ujan la kejap lagi.
Mile 17: And then it rained, HARD. Struggled to keep pace. Pastu ada aura nak kejang perut ngan peha. Rasanya buleh shake it off bila turun jambatan nanti. And I was wrong.
Mile 18-26.2: Turun je jambatan masuk highway Jelutong, itu kejang perut sudah mari. tapi takleh lawan aku punya kejang kaki. Frustrating gila! Cemana nak cakap ye? I didn't bank time. Aku tak penat, tak mengah, tak semput. Tapi cuba la sedaya upaya pun, tak buleh jugak nak lari setapak pun tanpa otot peha tu mengancam untuk tarik betis sampai tersimpul buku sila. Maka bermula la death march aku sampai ke habis. Aku jalan kejap untuk ilangkan cramp. Lepas 1-2 minit jalan, aku try lari balik. Tapi setiap kali aku lari, paling jauh pun setengah batu je, mostly lagi pendek dari tu. Itu cramp just wouldn't let go. Pace jangan cerita le. Bila berlari 13 min/mile, bila berjalan 20 min/mile! Air pun dah tak lalu minum, pisang pun tak lalu makan dah. Itu la dia ceritanya sampai ke habis. Lebih banyak masa berjalan dari berlari. Bila lari je cramp tu menyerang dari peha turun ke betis sampai la ke jari kaki. Buleh berjalan-jalan pulak cramp ni ekk?
Masa berjalan ala zombie tu perasan la a few fast guys yang aku perasan selalu buat sub-4 (ada yang sub 3:40) pun berjalan gak. Makna kata bukan aku sorang je la yang kena geget ngan zombie ni.. Sesungguhnya aku memahami perasaan diorang. TENSEN SIOT!
Ingatkan dari bulatan Queensbay tu sampai ke tamat buleh lari, tapi tetap kantoi. Berjalan kejap. Nak habis sub-4:45 jugak. So dari traffic light ke garisan penamat aku belasah struggle lari.. Kalo terpaksa merangkak macam dalam video ironman tu pun gasak la.
Dan aku berjaya habiskan dalam masa 4:40:35 (chip time). Habis je suda ada datang aura mau pitam. Aku terus carik railing barrier nak support badan. Ada sorang budak St John tanya "Encik ok ke?". Aku tak sempat nak jawab terus dia letak aku kat atas kerusi roda pastu sorong aku pegi medical tent.
Sampai kat medical tent aku kejang lagi. Geng medical kat situ baringkan aku kat atas stretcher, tanggalkan kasut pastu letak la ais kat kaki. Sebenarnya aku takleh nak pikir clearly masa tu. Diorang tanya sakit kat mana pun aku kena pikir dulu baru buleh jawab. Ais punya ais, aku pun kata dah ok kot dan mintak nak kuar. Diorang tolong aku berdiri dan aku pun ngan pening lalatnya pegi tunggu bini kat finishing line. Pastu decide nak gi amik medal dulu sebelum aku terpengsan kat situ. At least dah amik medal dah. Kalo pengsan dulu kang, medal abih plak.. hahaha..
Lepas amik medal je baru nampak la bini aku dah beratur kat situ nak amik medal gak. Ok la tu, aku pun dah ada aura nak muntah gak. Berapa banyak aura daa.. Aku pun dah start wheezing dah masa tu. Kitorang duduk kejap. Pastu bila dah buleh bernafas macam biasa dan paksa diri minum milo, pegi tengok khemah makanan. Serius cakap, aku apa benda pun dah tak lalu dah masa tu, nak muntah punya pasal. Kaki pun dok kejang lagi, tapi perut dah tak kejang sangat. Ingat nak balik umah terlentang je.
Sampai je umah, memang terus baring. Dapat gak lelap dalam sejam. Dannn.. aku muntah. 2-3 kali.
Looking back, aku sebenarnya dehydrated gila-gila punya waktu race tu. The signs were all there. Chills, cramps, disorientation, wheezing, nausea, vomiting, super dark urine, among others. Bini aku kata mata aku sunken gila, pastu ada black rings macam panda bila aku bangun tido tu. Dia cuak gila. Taim dinner aku paksa diri makan extra, walaupun tak berapa lalu. Bila aku timbang badan lepas dinner, aku hilang 4 KILO dari berat pre-race! Itu timbang lepas aku dinner tu.. Kalo timbang immediately lepas race mau lagi parah. Hambik, kalo tak gila lagi tu tak tau la. Alhamdulillah tak jadi apa-apa yang lebih teruk.
Lebih kurang macam ni la rupanya. I kill you!
The day after the run (Isnin), other than lenguh kaki macam lepas long run, surprisingly I felt fine. No aches, no problems going up and down the stairs, no nausea, appetite back to normal.
Apa yang aku belajar? Salah aku la beb. Weather and terrain is definitely out of my control. But for the things that are within my jurisdiction, aku rasa ada tiga benda yang menyebabkan aku tidak mencapai A target:
- Dehydration. Dumb dumb dumb dumb dumb dumb dumb dumb dumb dumb mistake.
- Tak biasakan diri ngan gels, thus causing GI distress. Masa training aku guna 100+ ngan roti krim jagung je untuk long run.
- Long runs yang too slow for me (negligible factor. ni tak kesah, bini punya pasal. really glad to help her blast her target).
Feel free to learn from my mistakes. Hope you guys achieve whatever your goals are. Nothing substitutes real,
consistent training. But watch out for injuries.
Hiatus perhaps?
-wan won-