Ah, sengal lah.
Aku betul-betul la reserve tarikh ni nak race kat negeri sendiri. Konon nak support local small races la kan. Konon nak support race negeri sendiri la kan -walaupun negeri telah melantik AC Mizal yang takde kaitan langsung dengan negeri ni jadi duta negeri (apa kejadahnya?)
Ye la, organizers dok gebang dari awal tahun nun nak buat race ni. Siap boh dalam website pelancongan negeri(yang aku pun tak berapa pasti aktif ke idak). Dan sebok di war-warkan dalam website-website lain.
So orang lain dok sibuk daftar Brooks, aku buat donno je. Konon nak tunggu borang race ni keluar. Tunggu awal bulan satu, tak keluar jugak. Tunggu akhir bulan satu, senyap je. Ok, takpe, closing date Brooks tengah bulan Febuari. Relax..relax.
Staff aku yang dok gian race-mengrace ni pi tepon la pihak yang bertanggungjawab (sebab aku malas nak bertanya).
" YB yang nak anjurkan race tu kata borang tak keluar lagi sebab depa belum mesyuarat, " kata staff ku.
Apa? YB? Hmph, aku mendegus. Hmph juga adalah singkatan untuk hampeh.
Ni apa cerita race awal bulan 3, tengah bulan 2 pun tak bermesyuarat lagi.
Dengar perkataan YB itu je , aku dah agak dah benda ni akan kureng menjadi.
So aku pun beralih arah, nak buat larian bestday konon kat Brooks. Tup-tup dah tutup pendaftaran.
Sori naik lori.Lari naik ketapi
Hari ni YB tu cakap, race yang kitaorang nak masuk tu ditangguhkan. Ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Agaknya baru nak sedar kot logistics susah nak uruskan last-last minit.
Hapoda.
Boo...boo panjang boooooooooooooo
boo pendek..bo
boo bawah air..blub blub blub.
The orange cordial
2 weeks ago
lama dah tak buat booo panjang pendek ni..
ReplyDeleteingat kami antara mula2 guna di Petaling Jaya masa jambori pengakap tahun 87 huhuh...
larian+politik memang tak berapa best yang tu pasti
Haha paling last guna secara live taim sukan matriks '98. Tuh tak pekena boo dangdut dan boo jiwang lagi tu.
Deleteeh i ada register brooks, tapi malas nak lari coz left shin sakit balik la
ReplyDeleteamik bib kak pah sajalah, hehe
if interested, email me at cik.tipah@gmail.com
kak pah ni kan, suka la goda i.
ReplyDeletetak pe la kak pah, kami tahan godaan kali ni. Serius letihan tak cukup. Kang berjam-jam bebudak tu tunggu kami balik.
Tapi terima kasih ye for the gesture.
YB tak jadi buat sebab fulus tak masyuk ler tu. Paling koman bajet penaja kena channel sikit ke dia, baru la jadik. Ada hikmah nya tak jadik ler tu.
ReplyDeletesambau aje bib kak pah tu. brooks 21k apa la sangat untuk champion tepen? :]
Agaknya cenggitu la kot..bajet larian hanya utk larian dan takdak lebey, tu yang tangguh tu..huahua.
DeleteTak dan treneng la inche,utk HM yang ni. Jadual lintang pukang. Lagipunn...
pegang bib triathlete ni besar tanggungjawabnya tau..hehe.
Oleh kerana anda tak lari kat Brooks.. boleh saya pinjam trek kelabu anda?
ReplyDeleteMana la tau kan.. kot kot kaki saya dapat magic bila pakai seluar trek berkenaan... :)
takde masalah. Cuma..untuk mengelakkan appearance seperti Incredible Hulk, incik ada 2 minggu je nak kurangkan saiz pinggang dan ketinggian diri.
Delete